Sep 1, 2012

bukan sekadar impian . .

bismillah,
assalamualaikum ^^


iqa! bila nak hupdate blog? 

sunyi je blog hang? dah off ea..

angin sampaikan salam dah tak sampaikan salam ke?





bila ada soalan macam ni mula lah cik fatin kembang tak tentu arah rasa macam orang ternanti blog ni? hurmm ternanti ke.. macam tak je..

bila naik sem jadual makin sikit tapi kerjanya menimbun.. inilah masanya membuktikan anda suka kan cabaran.. jadual pack, kerja persatuan, program fakulti.. blablabla

hingga lah satu hari yang benar-benar membuka fikiran saya..

---- Kuliah Bimbingan & Penasihatan ---


''saya minta maaf sebab lappy saya tertinggal, jadi saya nak awak buat satu tugasan..''

setelah di beri penerangan.. masing-masing pun khusyuk
yang ini apa yang saya titipkan


Matlamat Finalisme 

1) Anak yang solehah

err nampak macam simple bagi yang memandang enteng mengenainya.. Allahurabbi, ia tidak semudah yang kita sangka.. taat segalanya selagi tidak salah disisi syariat Islam.. so, sebagai langkah yang saya lakukan untuk bab ni sementara tiada duit sendiri untuk diberi.. saya guna tenaga.. asal weekend saya balik! hehe

weekend je ko mesti balik kan? anak mak.. spent time la kat sini.. 

kadang-kadang sedih juga di label begitu.. tapi bila difikir saya memang la anak mak kan mama ^^
well, saya bukan balik suka-suka..


eyh! selamat hari raya (:


keadaan di pagi sabtu

   pergi Pasar Tani
   pergi Supermarket *tak kesah lah giant ke tesco*
 ✔  solat Dhuha, tukaa uniform bibik
 ✔  kemas barang pasar, rumah, settle kain, masak

hurmm.


2) Student yang hebat

selepas insiden result SPM dulu, benar'' bakar semangat ni.. tidak boleh dikenang
air mata pasti tumpah, paling tak pun bergenang.. sedih bila ingat bagaimana slip di renyuk oleh si ibu

rasa berdosa.




mama, Siti dulu belajar matrik dapat offer masuk UPM.. 

tulaa, dulu siapa suruh tolak tawaran matrik


mama, Nurul dah degree dah sekarang

wahh, hebat dia.. UITM ada dulu xnak..


akak cuma minta restu mama beri akak peluang cari bi'ah solehah yang dah lama akak nak
hanya pointer akak yang boleh akak beri ..

sebak.


3) Isteri yang sakinah

antara sifat yang perlu ada pada wanita ialah sakinah.. bukan semua memilikinya

chop! hang baru umur 19 tahun kot.. awal lagi cakap benda ni ''

ohh kalau macam tu, hang pon toksah nak berangan nak baju kawin wane apa..
wedding concept style apa sebab semua tu awal lagi kan?


diri ni selalu rasa pelik, kenapa kita selalu tak setuju dengan sesuatu yang baik walhal ia mendatangkan kebaikan kepada kita..


terkena.

Isteri yang sakinah apabila di pandang
tiada rasa kebimbangan langsung apabila di pandang

segala masalah bagaikan terbang

fikiran yang serabut boleh di rungkai

senyum yang hilang kembali terukir

alangkah indahnya (:



jadi pelbagai usaha perlu dilakukan..
insyaallah dalam next entry


4) Ilmu sepanjang hayat






sejurus mendengar ayat ini.. saya aims untuk baca at least
2 buku sebulan

2 X 12 bulan = 24 buku setahun

untuk bulan ini saya pilih dua buku ini..




hadiah pemberian masa hari lahir yang lepas (:




jelly? hehe



p/s : matlamat anda bagaimana? hehe
eyh jemput singgah blog kedua - click sini
salam (: