Oct 24, 2012

ujian dalam ujian . .

bismillah,.

ada kisah yang ingin di kongsikan..


30 September 2012

esok masuk minggu kedua study week, alhamdulillah study week minggu pertama berjalan seperti yang dirancang. segala nota di perkemaskan..


'' nenek, kalau Atin nak kahwin boleh? ''



kalau dulu jawapan lain, kini lain


'' bolehh.. asalkan tak lupa dekat ayah, mama, nenek dengan adik beradik.. ''



sebak.

kalau dulu nenek menentang secara sederhana dengan menyatakan pelajaran harus di tamatkan dahulu, berkerjaya, bagi mama dan ayah duit.. tapi semalam masa aku mandikan nenek begitu pula jawapannya..


'' nenek, atin nak pasangkan stokin ubat ni.. ketat sikit kalau sakit nenek cakap ye.. ''


'' Ya Allah, Kau berikanlah cucuku ini jodoh yang baik.. ''


bertambah sebak.

air mataku sedaya upaya ku tahan agar tidak merisaukan nenek.




15 Oktober 2012

pulang minggu ini banyak yang perlu di lakukan

anak - anak kecil bermain berlari ke sana sini
rumah dipenuhi sanak saudara

semasa study group,
bagai kan tidak dapat tangkap segala maksud yang di tanya oleh tutee saya

ada perasaan yang tidak sedap ketika itu
lantas beristghfar panjang

call mama lah.

'' salam mama, buat apa tu?


'' mama baru balik hospital, nenek kat ward.. ''


Ya Allah Ya Rahman

sebak.

saat sampai di hospital
ada wayar-wayar di tangan dan di kawasan muka nenek

ya, inilah ujian sebenar final exam saya
di saat orang lain sibuk menghafal
saya ke hospital, mengurus rumah


'' mama, akak balik kuis dulu ye.. nanti akak habis paper hari Jumaat akak amik turn lagi.. ''


kita hanya mampu merancang bukan?




18 Oktober 2012

seusai melipat telekung selepas subuh

'' kak mira, kita tidur kejap ea, sakit kepala sangat.. nanti kejutkan ea  study tak habis lagi.. ''

'' oke, insyaallah.. ''


handphone vibrate.

= Mama =

'' salam, akak buat apa tu? ''


'' wsalam, baring.. sakit kepala.. kenapa mama? ''


'' akak balik ye, nenek dah takde.. ''


'' Innalillah wa innalillahirojiun.. ''


air mata tak dapat di tahan tahan
terngiangkan pelbagai kenangan



asal cuti sekolah je
kita di jaga dengan nenek dan atuk


belajar masak

belajar buat kuih

belajar serve makanan, sebab arwah atuk memang makan nak kena serve

belajar buat minum petang

belajar tanam pokok

belajar ikat rambut

belajar jadi perempuan yang jaga maruah, sebab dekat area situ ada mamat-mamat


asal kita tak boleh tidur
kita diusap bedak dengan nenek
agar tidur lebih selesa

sampai taknak balik rumah sendiri

bila nak balik mesti dapat duit
sampailah dah besar sekarang

kalau dulu duit itu disambut dengan tanpa segan silu
tapi sekarang ia berbeda

'' xpelah nek, atin taknak duit.. nenek doakan atin pun kira atin bertuah sangat.. ''


'' ye insyaallah nenek doakan peksa semua senang, dapat orang baik.. ''


lelaki masa hadapan,
arwah nenek banyak doakan awak kan :')




saya pulang ke kuis dengan perasaan yang bercampur
fikiran melayang tah ke mana


'' kite ni macam hantar kak yong balik kan? ''


baru saya perasan yang hantar pulang sampai 3 orang
semuanya jejaka Along, Eddin, Mimi
terima kasih atas doa dan sokongan


bagai tak percaya untuk subjek yang hard
saya hanya ada beberapa jam untuk revision paper akhir final saya



Al - Fatihah 
Sinah Binti Sarip 





p/s : ini adalah sebahagian isi dalam diary saya yang saya pindahkan ke sini
wallahu'alam