Feb 10, 2013

melangkah bersama . .

Assalamualaikum  

hari ahad. 
masa untuk berehat 
masa untuk beriadah 
masa untuk diri sendiri 


ya, muhasabah diri 
tapi kalau ikutkan setiap hari kita kena muhasabah diri 
paling tidak sebelum tidur 


sampai bila nak jadi orang yang biasa-biasa sahaja 
semalam dengan hari ini tiada beza apa pun 
rutin yang sama je


ke masjid tidak
ke usrah tidak 
tazkirah ke mana
jogging ke mana 


sampai bila? 




jadi, dengan kasih sayang Allah dekat kita Dia hadiahkan kita sesuatu yang bernilai

sahabat, room mate
yang sentiasa ingatkan kita tentang kebaikan















A friend is one who walks in when others walk out


pernah satu hari saya ke kelas dengan berjubah jeans 
tiba-tiba tangan saya dipegang 

terkedu saya di buatnya 


'' ikaaa.. ''

'' ye saya, kenapa? '' 

matanya menunjuk ke arah tangan saya 

'' ya Allah .. ingatkan jubah ni dah oke xpayah pakai armsock thanks ingat kan! ''



bukan ke tu antara nikmat yang kita sangat-sangat dan perlu bersyukur? 






 trust us, we are teachers ;)




bila kita jadi sahabat yang rapat
sebenarnya kita lagi cenderung untuk cepat terasa dengan perbuatan masing-masing 
walaupun sebenarnya dalam konteks bergurau 


perasan tak? 




sebabnya kita lagi kenal
lagi tau baik buruk dia 
keluarga dia macam mana 
masalah dia apa 

sepatutnya macam takde isu yang kawan tikam kawan 
bila orang bercerita dengan kita 
maknanya orang tersebut memberikan kepercayaan kepada kita 


habis? 


kenapa nak khianati sesebuah kepercayaan itu kan kan? 


'' ika.. aku ada benda nak cerita, tapi jangan bagitau sesapa tau ''

'' insyaAllah, kalau rasa percaya cerita.. kalau tak percaya jangan cerita '' 

'' blablablabla... ''


bila keadaan macam ni, jadilah pendengar yang setia 
yang boleh meminjam kan telinga dan menjadi respond yang baik (: 


kita tak sempurna mana pon, 
jagalah aib sesama kita.. 

wallahu'alam.

salam (:
p/s : tak sabar nak tunggu gambar pot luck team akhawat, tema kampung katanya ;D