Dec 12, 2013

rumah . .

bismillah,
Assalamualaikum ^^


syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat


hampir 2 minggu saya ber-camp anak soleh
bersama anak-anak berumur 6 tahun hingga 11 tahun

kebanyakkannya datang kerana dipaksa mok abah
tu yang pakat datang dok mainnn je

ustazah dia pon terpaksa la main
main hanya dibenarkan lepas mandi petang


pelik kan? orang dah main jangan main lagi nanti berpeluh balik


well, fatin pon duduk lepak-lepak dengan mereka yang boleh di kategori wangi
walaupun tah sabun ke mana shampoo ke mana. haha


''Ustazah! ustazah! saya ada teka teki ni..''

''ok ok.. apa dia? ''

''dalam banyak-banyak rumah~ rumah apa yang bersepah? " 

mula dah ni, teka teki merepek budak-budak
hurmm layan kan aje

'' err.. rumah hantu kot ''

ternyata jawapanku salah

'' habis tu apa jawapan dia? '' 

'' jawapan diaaaaaa~ rumah saya lah! rumah saya bersepah! " 


terkesima dengan jawapan pelajar tadi
budak-budak memang suka cerita apa yang dia alami

mereka suka sangat cerita pasal keluarga
pasal sekeliling mereka

so, hati-hatilah kepada mak ayah

sebab yang dok tadah telinga dengar celoteh mereka, kami lah guru-guru ^^

cerita pasal rumah mesti ingat IKEA!
heee~ seriesly awesome sangat haha





kalau fatin, untuk rumah sendiri nanti
sangat pentingkan warna cat, perabot simple, dan cadar yang comel








rindu housemate nysah, farah, mira  :')
rindu 'banglo' kita. haha

salam
p/s : malam ni qiamulail kedua dengan dorang

Oct 26, 2013

oh sweet and sour!

bismillah,
Assalamualaikum ^^

bersyukurlah kita atas segala nikmat yan Allah berikan kepada kita walaupun sedikit,
itu lebih baik daripada kita menjadi hambaNya yang kufur kan?

Nauzubillah.

oh mendung cuaca hari ini,
sambil buka peti ais ada ikan bawal.
haa apa lagi? hehehe

mungkin kita bukan lah level chef 5 rencah 5 rasa yang super hensem + pandai masak tu. haha
tapi kita jenguk-jenguk kat internet cari menu best

kita pon try je la ;DD






BAHAN-BAHANNYA :-)

2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...


sumber menu --> Dapur tanpa sempadan

try la klik situ kalau bosan dengan menu yang selalu kita buat
ada macam-macam bukat takat lauk je, kuih muih semua ada


ok tu je,
salam (:

p/s : hidup kita pun ada sweet dan sour kan? ya, awaklah sweet dalam hidup saya. hehe


Oct 22, 2013

tak terucap . .

bismillah,
Assalamualaikum ^^

hampir 2 minggu selesai berpraktikum, bersamaan berat naik 2 kilogram
percaya kah anda? hahaha percayalah

mana taknya, lapar je makan
mengantuk je tidur

puas di qada' dek praktikum yang penat tapi best!

pernah rasa apa itu rindu?
baru tahu hebat sungguh perasaan rindu ni

habis di korek files dalam lappy
terlalu rindu


rindu telatahnya..


rindu gelaknya ..


rindu tangisnya ..


rindu usikannya ..




























rindu sangat.

salam (:
p/s : berat naik pon rezeki kan? hee

Sep 4, 2013

pencuri hati . .

bismillah

Assalamualaikum ^^

masa ber-praktikum hanya tinggal sisa

namun masing-masing tetap bersemangat
mengejar garis penghabisan yang terbaik

rabbi yassir walla tu'assir Ya Allah :')



students kami kebanyakkannya perlahan-lahan sedih
bila kami kata yang kami tinggal berapa hari sahaja lagi

Allah.

mereka anak-anak yang suci
hati kami sentiasa bimbang jika kami tersalah didik
sebak kami dengan waktu yang ada perlu digunakan dengan bagus


tahu tak kamu semua pencuri hati?




'' Ustazah Syafiqah! Ustazah Syafiqah! " jerit si anak-anak kecil 

'' ya sayang, kenapa? " 

anak-anak kecil itu yang tadi memegang tangan ku kini bertukar pelukan

'' Ustazah cantik la hari ni '' 

'' yeke? terima kasih. Awak pun cantik. Sebab Allah kan jadikan semua orang cantik.'' 


*sengih

bila diberi jadual waktu mengajar darjah 1 dan 2 pada awalnya nampak berat
sebab pendekatan yang diberikan perlu berbeza
kita pula kena buka semula buku psikologi kanak-kanak masa kita sem 2 dulu


kringggggg~~~

loceng balik pun berbunyi
sementara tunggu mereka beratur untuk pulang
cepat-cepat ku sapu losyen ditangan

biar mereka selesa salam dengan kita
biar mereka tenang pulang selepas kita ajar


" Ustazah Syafiqah! '' 

'' ya sayang, kenapa jerit-jerit ni? balik elok-elok jangan lari-lari tau  '' 

'' OK! bye Ustazah~ I Love You! " 

'' I Love You too! '' 


satu perasaan yang tak tahu nak diungkap bagaimana
rasa disayangi oleh anak-anak kecil

lelaki masa hadapan kalau awak cakap macam ni
tak boleh menang agaknya dengan anak-anak kecik cakap I Love You





hurmmp *tarik nafas
ye! kena kuat semangat untuk pecut hari hari akhir praktikum!

fighting!


salam (:
p/s : geng praktikum dah plan bercuti lepas tamat praktikum. hehe


Jul 27, 2013

terus berlalu . .

bismillah,
assalamualaikum ^^



terima kasih

atas ciuman di pagi birthday
atas segala doa
atas ingatan tarikh hari lahir
atas sambutan hari lahir

berpindah ke fasa baru
tiada lagi istilah belasan tahun



the best photo after terawih   :')

petang tu,
mama tengah rehat kat bilik

tukk tukk

'' haa kenapa ni sengih-sengih? ''

'' mama, ni untuk mama.. '' 


sambil menghulurkan beg Ariani
tudung kegemaran mama

muka mama kehairanan sebab hari ni hari lahir anaknya bukan dia


'' dalam beg ni ada 2 helai tau.. '' 

'' kenapa sampai dua helai? banyak duit akak 

'' satu ni, sebab hadiah birthday mama yang akak tak sempat belikan hari tu.. minta maaf sangat sebab lambat bagi. yang lagi satu pulakkk.... '' 


panjang lebar aku hujah.


'' hah? kenapa dengan lagi satu ni? " 

" yang ni, hadiah sebab mama lahirkan akak.. ''


sayu.

ni antara sebab fatin tak boleh dapat orang jauh,
biarlah perasaan sendiri terkorban asal tak kecewakan mama ayah
buat masa ni dengan cara tu je boleh fatin buat

antara anak yang susah dilahirkan adalah puteri sulung mama ni
hampir setiap hari pergi ke hospital dek kerana terlepas dari due date bersalin
tapi puteri ni taknak keluar keluar

kesian mama.

sudahnya dah lahir asyik menangis, siang tidur malam pula berjaga
ayah asyik dukung je sampai nak lipat kain pelekat pon tak sempat
along angah menjaga dengan baik, sanggup pergi kedai beli puting semata taknak adik menangis


lelaki masa hadapan, 

Atin tahu Atin kena ikut kemana abang pergi nanti 
tapi Atin harap abang paham dengan tanggungjawab Atin yang satu ni 
tak terbalas rasanya jasa mama ayah kat Atin. 

sanggup ke lelaki masa hadapan?
kalau sanggup sila isi borang dekat Ayah Mama
walk-in interview Along Angah. haha gurau je ^^


p/s : 20 sudah!
wallahu'alam
salam (:

Jul 25, 2013

semampunya. .

bismillah,
assalammualaikum




2009
Aspuri SMK Bandar Tasik Selatan 


'' oke minggu depan, warden baru akan lapor diri. 

'' hah? alaaaa... " 

'' please jaga tingkah laku, jangan buat perangai pelik2 '' 


makin dipesan sebegitu
semakin kami kami ni buat perangai

kehadirannya mengubah segala rentak hostel life aspuri
mahu dibuang kami dari zon selesa katanya

baik junior, baik senior
ada sahaja yang jadi setiap minggu

Allahurabbi
tiada sekelumit kesian ke kat hati kami masa tu?
sedangkan kami semua memanggilnya dengan panggilan Ibu

hari bersilih hari
bulan berganti bulan

-------------------------

kulalui pembedahan mata.
selepas mama, dia yang menjaga di asrama
kerana tempoh peperiksaan makin tiba

biar banyak orang bercerita tentangnya
di hina di maki segala
namun kebaikannya hanya orang yang teliti yang dapat rasa

di saat mata perlu diberi penjagaan lebih
dia tampil dengan rela hati menjaga

menyediakan air panas untuk kegunaan tuam mata
menyimpankan ubat yang perlu disimpan dalam suhu peti ais

di hari lahirku pula, dia tampil memberikan kek hasil tangannya sendiri


sebak.




hari bertambah hari
kanser semakin memakan dirinya.

badannya yang sedia kurus nampak semakin kurus
namun, semangatnya sentiasa kuat
prinsipnya tidak mahu dilihat lemah di hadapan orang lain


2010
SPM 07 hari lagi 

seminggu sebelum menjelang SPM
dia meninggalkan kami buat selamanya

sedih bukan kepalang
sepeninggalannya banyak buku yang disedekahkan.

buku Pedagogi menarik minatku
buku mengenai dunia pendidikan

apa yang buat kami bertambah sedih, ada yang mengatakan kami terlalu nakal
jadi, Allah ambil dia supaya dapat rehat daripada letih menjaga kami

ampunkan kami ya Allah..


14 JUN 2013
Mekah al Mukaramah


kenangan itu semua bagaikan terimbau satu persatu
betapa masing-masing nakal masa di asrama


habis kolah kami teroka 

plug TV kami cucuk guna garfu 

pecah masuk sebab tengok match bola

menyorok dalam stor sebab mengelak program 

handfon dalam bantal 

pasang radio masa prep

dewan sekolah kami 'kuih' kan 

.............



tanpa berfikir panjang
lantas Umrah yang ke-3 ku badalkan untuknya
walau tenaga makin berkurang dek kesihatan dan cuaca disini
tapi sedaya upaya ku gagahkan





Ibu, 
hanya ini yang termampu fatin buat untuk ibu ..
fatin tak sempat nak balas jasa ibu ..

baru fatin tau ibu, bukan senang jadi pendidik ni 
semoga fatin boleh jadi pendidik yang sabar dan kuat macam ibu .. 



al-Fatihah 
puan norlelah binti yatimin 



p/s : ini adalah tulisan diari semasa di Mekah yang dipindahkan ke sini
salam (:


Jun 20, 2013

Perkongsian | Episod : Malaysia-Madinah

bismillah,
assalammualaikum ^^

terlalu banyak yang ingin dikongsikan
hingga tidak tahu mana mahu dimulakan

Ya Allah,
dari jauh kami datang membawa banyak dosa
pelbagai perasaan ketika melangkah kaki perlahan lahan

segalanya ditinggalkan,
memory handphone terus kosong dek tertekan satu button tanpa sedar

mungkin ini takdir Nya
membersihkan hati sebaik mungkin








 masa yang lama dalam flight, 
penuhkan sebaik mungkin


Madinah 







Kelebihan Masjid Nabi
Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"

Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."



Raudhah Al-Musyarrafah 
Adab-adab Menziarahi Rasulullah s.a.w:
1.   Merendahkan suara ketika menziarahi Rasulullah s.a.w merupakan adab ketika bersama Rasulullah s.a.w dan mentaati firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara percakapan kamu melebihi suara percakapan Nabi s.a.w dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan kepadanya sebagaimana sesetengah kamu menyaringkan suaranya semasa menghadapkan percakapan kepada sesetengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedang kamu tidak menyedari". Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya (semasa mereka berada) di sisi Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t tidak akan menghapuskan amalan-amalannya
2.  Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Thabit bin Qais r.a kerana beliau telah meninggikan suara kerana terlalu takut kepada Allah. Beliau duduk di rumah sambil menangis lalu berkata: Suara akulah yang paling tinggi di kalangan para sahabat ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w. Ayat ini tentu telah ditujukan kepadaku. Apabila Rasulullah s.a.w menyedari kehilangannya, baginda mengutuskan supaya mencarinya. Apabila utusan tesebut sampai di rumah keluarganya, mereka berkata: Itu dia, di dalam rumahnya. Air matanya masih berlinangan semenjak beberapa hari. Apabila mereka masuk menemuinya, beliau berkata bahawa ayat tersebut telah ditujukan kepadanya. Kemudian beliau telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. Baginda menenangkannya dan memberitahu kepada beliau berita gembira tentang Syurga (yang dijanjikan untuknya).
3.  Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah berkata: Tidak sepatutnya meninggikan suara di sisi Nabi s.a.w samada ketika baginda masih hidup ataupun telah wafat.
4.  Apabila Saidatina Aisyah r.a mendengar suara memacak atau seseorang sedang memaku di rumah yang berhampiran, beliau akan memberitahu penghuninya dengan berkata: Janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w.
5.  Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah melihat dua orang lelaki sedang bermaki hamun di dalam Masjid Nabi s.a.w. Beliau mengutuskan salam kepada mereka berdua agar menemuinya. Ketika mereka datang menghampirinya, beliau bertanya: Dari manakah kamu berdua? Mereka menjawab: Dari Taif. Saidina Umar r.a berkata: Sekiranya kamu berdua berasal dari penduduk Madinah nescaya aku akan memukul kamu berdua kerana sesungguhnya masjid kita ini tidak boleh ditinggikan suara.

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan 




Sekitar kawasan Madinah



ni sekadar gambar sahaja, tak beli pun emas tu
kang risau pula lelaki masa hadapan sebab fatin bergambar dekat kedai je. hehe

kata Mutawif penduduk Madinah lebih lemah lembut berbanding penduduk Mekah
gambar ni sekitar kawasan hotel, kalau boleh bertutur dalam bahasa Arab walaupun sedikit 

tuan kedai ni akan bagi harga lain,
mungkin sebagai hadiah usaha kita mempelajari bahasa tersebut. 


'' min aina? '' 

'' malizi.. ''

'' ouh Siti Nurhalizaa.. jamiillah~ '' 





minat Siti rupanya pak arab ni. hehe 
ada satu kedai tu pula, lain pula ceritanya 


'' malizi? malizi? '' 

'' naam~ " 

'' ouh Najib baikkk '' 


haa sudah! kenal plak dia dengan Perdana Menteri kita
ada yang bertanya pelajaran kita


'' ana diplum fil tarbiyah Islamiyah.. '' 

'' Masya Allah.. kam umruki? '' 

'' isyrunn.. '' 

'' Masya Allah~ Masya Allah~ '' 


Ladang dan Pasar Tamar 

untuk memudahkan kita pergi pasar tamar ni,
atas cadangan ayah kami bawa hand luggage

senang

tak perlu kita bersusah payah menjinjit beg plastik kurma
mungkin jarak bas dan pasar jauh











ada jugak teh disediakan di ladang ni
tapi kami tak sempat merasa sebab cawan tak cukup




bersama Mutawif Ustaz Thoriq
 menuju ke Pasar Tamar







Lantai penuh dengan biji kurma 



insyaAllah cerita di Mekah akan bersambung nanti
salam (:


May 24, 2013

hadiah dari Nya . .

bismillah
Assalamualaikum ^^

quick update pasal ni curi masa rehat study

seriesly minggu depan final exam?
sekejap je rasa masa short sem ni

nama pon short sem kan kan? hehe
tapi time short sem dulu sempat jugak berjimba-jimba jejalan amik angin

tapi short sem ni tak dan pon nak pergi mana
tapi Allah ganti dengan dapat pergi sekolah (:

semua ni takdir Allah, kalau tak disebabkan tarikh umrah bertindih
tarikh kena lapor diri sama je macam kawan-kawan lain


sekolah + kuliah + assignment + mid term = super duper penat! haha




'' syafiqah, 
awak bertuah sebab masa ROS ( Rancangan Orientasi Sekolah) awak dah rasa macam-macam..

awak sempat rasa Hari Guru Sekolah ..

awak sempat tengok macam mana urus peperiksaan ..

awak sempat jaga kelas budak hyper ..

blablablabla..

Alhamdulillah atas semua nikmat-Mu

disebabkan semua ni,
hubungan dengan guru-guru kat situ makin rapat walaupun dalam tempoh 10 hari..



sampai tersalah eja, gara'' buat sampai pukul 3 pagi 







'' Ustazah, ni untuk ustazah.. " 

" oh yeke, terima kasih (: " 

kan saya dah cakap, awak bertuah syafiqah..
baru berapa hari kat sini awak boleh dapat hadiah masa hari guru



sekuntum mawar merah, sebuah puisi  :')



bila kita penat, 
kita cenderung nak marah. 
walhal benda tu simple je pada fikiran rasional 


bila kita nak marah, 
ingat lah kebaikan yang pernah orang tu pernah buat pada kita 


sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik 
selamat ber-imtihan 

salam (: 
p/s : taaruf itu indah dan semoga Allah redha