Nov 12, 2011

marriage

bismillah,
assalamualaikum ^^
amboi ~ gatal kemain tajuk entri kali ni..hahaha ;DD




jiran depan rumah yang nak nikah esok,kiteorang yang kat rumah ni pulak sibuk berinai bagai..hehe meraikan pengantin la kononnye..aku pakai kat ibu jari je,tu pon mama yang buat!wuu~terharu sebab mama bukan takat letak inai kat kuku tu je tapi buat bulat penuh jari sampai kecut jari..hehe


hi lelaki masa hadapan (:

saree cantik kan wak?
erm xpe wak,disebabkan sy xske OKK (orang kaya'') so saya paham keadaan kewangan awk..so sy sanggup kumpul duit untuk satu persalinan yang sy nak sangat'' sewa pon xpe wak..xtau lah sy ni terlebih tgok cite hindustan ke hape..








jgn risau wak,yang shoot nanti kita suroh along Sham x pon kak long Faha..hehe pastu gamba tu kita je simpan..






p/s :ni bukan berangan,tapi impian..
salam (:

Nov 3, 2011

sem break

bismillah,
assalamualaikum ^^
cuti pon x menyempat nak update blog ape kes ? hehe saje je mengumpul segala cerita baru post tak lama lagi dah nak resign jadi part time maid kepada En.Mohd Salleh dan keluarga..macam berjasa la konon kat rumah..habis je final aku memang dah aim nak buat apa dalam sem break..


school ? ahakz !

okee kelass ~ semua duduk tempat masing'' , cikgu nak habaq mai po dia aim si part time maid tadi..

1) Jadi maid yang berjaya !

err mestilah ! maid ni lain dari yang lain tau, siap ada aim lagi..mula'' kekok la jugak sebab dah lama tinggal an keje ni (last lepas Spm ) jangan tak tau boleh kurus weyh ! mana tak nye ke hulur hilir atas bawah depan belakang kemas rumah , kutip baju kotor.. sebut pasal baju ni lagi satu hal..

-kisah sebelum masuk washing machine-

baldi merah - seluar je !
baldi hijau - baju budak'' ( biela dan azirah )
baldi biru - segala jenis brbentuk kain seperti kain pelekat dan baju kelawar (kaftan)

tapi rumah aku takde lah rules yang depe kena susun seketul'' pe yang dorang nak letak,dorang men letak je dalam 1 baldi ni kejam kan kan ? so, tugas maid tadi.. dia kenalah asing kan mengikut kategori macam iklan kitar semula la plak =='

huh ?!

2 ) Mantapkan lagi skill memasak

yeahhhh ! watchaaa ! hamek kaw..disebabkan aku tak tau lelaki masa hadapan aku suka makan apa,so aku kenalah belajar semua jenis..lauk kampung ke bandar ke desa ke..tapi tu lpas Spm aku macam dah nak khatam tutorial ngan mama..sem break kali ni aku lebih kepada dessert .. cehh ;D

Puding Roti






Dadih (geram sebab kat klej mgkuk kecik )


Kek Chocolate



Butter Cookies



Kastart Jagung (malas nk cari USB , amek kt google je )




biasalah kan kalau first time buat mesti x berapa nak jadi,tapi part yang paling terharu adik Biela makan paling banyak dan dia lah yang paling excited kalau dia balik sekolah aku ada masak something.. wuuu ~ thanks adik ^^

3 ) belajar jahit !

aah dengan ini saya mengaku saya tak reti menjahit ! hak3 tapi tu sebelum sem break la,time Kemahiran Hidup form 2 membe aku yang jahit kan, malu je kan?tahlah tak tau apsal time tu rasa cam tak nak ambil port sangat..sampai lah satu hari aku perasan yang mama adalah orang yang serba boleh.. awal'' cuti dah cakap dengan mama nak belajar jahit,so kiteorang pon singgah lah Nagoya ~ weweettt

mama pon cam support je.. mama kata untuk mula'' kita buat sarung bantal je dulu..perasaan berkobar habis lah time belajar jahit tu sampai terjahit seluar sendiri!haha alaaa~ bukan sengaja pon ! kisahnya aku letak kain yang nak dijahit tu atas lutut sekali terjahit double (kain + seluar) dorang yang kat rumah memang bantai gelak la.. sape lagi kalau tak along si debab dengan Eddin Shah ! err ayah pon skali gelak time tu..mama?sengih je siap cakap..

''xpe ~ tak jahit lutut dah untung .. ''


ok.saya tak patah semangat time tu dan terus menjahit sampai habis.. dan hasilnya !

taraaaa ~

comel kan kan ? (:

4 ) home tuition !


gamba di atas menunjukkan student tetap aku,Fatin Nabilah

penat lah jugak,baru je habis final exam tu..terus ajar dorang plak..tapi tak pe..ni tengah practice make perfect la..part yang paling best bila exam akhir tahun adik buat aku senyum je..

di Wall fb (:

''akak ! biela dapat no 1 exam akhir tahun .. ''
'' tahniah ! erm kne ckp apa klu dpt mcm tu?''
''alhamdulillah ~ ''

kejayaan bukan untuk dimegah,tapi untuk disyukuri..
kegagalan pula bukan untuk ditangisi,tapi untuk di insafi (:


5 ) makan maggi dengan jayanya !

ko dah kenapa?banyak'' makanan tu jugak ko nak makan ! haha erm just nak makan dengan tanpa rasa serba salah sebab tak nak ganggu segala hafalan .. ada je yang bantai maggi time final tapi bagi aku ia tetap elok untuk apa yang kita nak belajar nanti..sebab dulu time sekolah rendah ada satu NGO ni datang terang kan pasal mende'' ni..



maggi 2 minutes ! yummm3



sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa dapat mengatasinya
alhamdulillah,sem 2 ! saya datang ni .hehe
p/s: tak sempat nk blaja menari . sob3
salam (:

Oct 15, 2011

ruang

bismillah,
assalamualaikum ^^





Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:

"Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat." (Riwayat Muslim)






p/s : sedang mencari photo blog yg best ..
salam (:

Oct 7, 2011

kosong tujuh satu kosong

bismillah,.
assalamualaikum ^^
seminggu cuti tapi tak juga menyempat nak update blog sampai ada yang tegur..hehe sibuk barang kali..dan saya update hari ini kerana 'kosong tujuh satu kosong ! ' hakhak 7 oktober :)



kenapa ? kenapa ? ada apa dengan 7 oktober ?
ni yang terjadi pagi tadi,.


air kolam pak khairi,
nampak cetek berisi air,
hari jumaat penghulu hari,
owh ! selamat hari lahir !

-message sent-
setengah jam kemudian. .

thanks,dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si tompok sorang,
hari nie harijadi aku,
mana hadiah sila bagi. *mcm tak kne je pantun aku..haha

memey pon ! x bole jadi dia ni..

pergi soping jangan rambang,
jangan beli sesuka hati,
usah risau usah bimbang,
hadiah mu sudah d beli ^^ *cehh ad hati nak lwan wakil skolah..hihi

-message sent-

begitulah ceritanya hampir setiap tahun (yang bagi hadiah tu sejak form 4 kot) jangan lah kata kenal fatin syafiqah ni kalau hang x tau siapa punya birthday ni ! *ayat cliche* haha tapi betul laa aku dengan dia memang rapat gila,.sampai besties aku tanya apsal rapat sangat dengan sedara walhal aku pun ada sedara tapi xde lah rapat sangat,.errmm





(1) sebab mak dia (cik dah ) adalah adik kesayangan mama . .

yes ! yes ! antara adik kesayangan mama,mak dia lah a.k.a mak cik aku jugak la kan..nak cerita macam mana rapatnya dorang,setiap hari mesti call pastu cerita satu hari punya cerita ! boss cem gini .. anak murid cem gitu .. blablabla pendek cite memang rapat la !


(2) sebab kitorang sama umur. .

ohh haruslah ! aku lahir bulan 7 *sama kan kita awak ! haha * erm dia plak lahir bulan 10, nenek aku memang excited sambut 3 cucu time tahun '93 (sorang lagi bulan mei) bila dah sama umur cam automatic la kita cam rapat kan..kekadang tu kawan aku kawan dia..kawan dia kawan aku ..
kan kan ? baik kau angguk kepala kalau x aku sepak ! haha dan di sebabkan sama umur kteorg daftar g tusyen pon same'' tu plan mak kteorg laa..

(3) sebab dia adalah orang yang paling mama percaya . .

weyh ! bukan body guard laa.. di sebabkan abang'' aku x stay kat umah,so dia lah satu'' nya orang yang mama percaya.. nak g mana kalau boleh memang mama nak suruh dia teman aku.. cam last year,cam x percaya je dia teman dan sanggup berjalan sana sini pergi pesta buku ! *fyi,fatin mampu bertapa dengan jayanya kalau jumpa buku.. dan kat situ juga ada insiden yang aku tahap nak touching abes sbb dia yang solve kan .. just keep it secret! haha



our hair cut look same right ? *dia kat blakang budak shirt merah :)

(4) sebab time kecik slalu main dengan dia . .

owh yey ~ dia kan anak lelaki tunggal so,time kecik dia tersangatlah banyak mainan *bagi aku laa aku tumpang sekaki la ! haha jangan tak tahu,sampai laa ni kteorang main Saidina lagi..hoho dan yang aku pelik dia selalu menang even aku dah beli banyak tanah ! hahaha

(5) sebab aku adalah penyimpan segala rahsia dia ! jeng3

dah nama pun rahsia kan,mana boleh cerita..hehe rahsia dari zaman sekolah (sebab aku pernah sekolah sama dengan dia ) sampai la zaman kolej ni (sebab aku belajar sama tempat dengan dia ) haha sesape yang nak jadi awek dia/bini dia sila lah korek rahsia beliau dengan saya ! hahaha mak dia pon pernah nak korek dengan aku.. ^^

(6) sebab.. tu je kot

... aik ? --'


macam tu la serba sikit alasan yang aku bagi kalau ada yang tanya soalan yang aku rasa bukan lagi luar alam,.sampai lah aku terjumpa novel ni..



huh ?!


aku memang gelak je time tengok cover novel ni (aku kan peminat novel),PLUS aku memang x berani nak baca..sampailah kak normie *senior kolej* suruh try je baca buku ni.. HAHA baca je laa..la haii sepupu yang dia maksudkan tu,.abang sedara dia..pape hal pon dia lah antara orang awal yang aku kenalkan dekat 'lelaki masa hadapan' takut salah paham..

*sila bayangkan aku nyanyi dengan lunaknya ! haha *



Allah selamat kan kamu..
Allah selamat kan kamu..
Allah selamat kan Izzuddin Shah ~
Allah selamat kan kamu ...


semoga bertambah amalan macam mana usia kau bertambah,.erm jadi anak yang soleh ~ study elok'' tebuslah kesilapan result SPM kita dulu uhuk3 *tetbe sedih plak* erm apa lagi ea.. hah ! hadiah ko baik amek cepat kang aku simpan bagi kat 'lelaki masa hadapan' aku..HAHA


p/s : awak ni cousin kita,nama dia Izzuddin Shah !
salam (:

Sep 22, 2011

pesan

bismillah,.
assalammulaikum ^^







antara padi di dalam kantung ,
di bawa belayar di dalam sampan ,
antara hati dan jantung ,
di situ dirimu daku simpan . .







p/s : pesanan buat lelaki masa hadapan ~ haha
*kuat betul berangan *
salam (:

Sep 15, 2011

tentang cinta . .

bismillah,.
assalammulaikum ^^
agak lama tidak berblog..mencari ilham barang kali..


''orang kat sana ! selamat hari raya ! maafkan orang taw ! ''

err tu pesanan untuk masa hadapan..ala~ macam alat doraemon tu ! lupakan kejap pasal tu,.btw,syukur sangat'' niat nak beli buku 'special' tercapai akhirnya hoho~ bukan 1 yang saya beli tapi 2 ! terlari la jugak bajet ..




Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
* afiqah yang syor kan ^^



Tentang Cinta
* terbaca kat blog mana tah kata buku ni best


kedua'' buku masih lagi berbalut plastik sebab sekarang musim imtihan,bersabar lah wahai hati..lepas je beli buku ni terus text afiqah..


''kenapa eak tajuk buku hang beli tu dua'' pasal cinta ?''

''err saje nak bagi hati ni tough ! hehe''


p/s : siapakah pemilik cinta tersebut. .
salam (:

Aug 25, 2011

yang tertutup itu indah

bismillah,.
assalammulaikum ^^





syukur dah habis kuliah dan kelas tutorial untuk sem ini,rasa cepat masa berlalu..rasa macam baru saje dimarahi akak dan abang fasi di munggu taaruf.. persahabatan baru mula dijinak-jinak kan.. rasa macam baru je attend usrah every friday.. sekejapnya ~
namun,biah di sana sentiasa membuat hati ni menjadi sayu , pernah suatu hari.. dalam perjalanan pulang dari masjid bersama Afiqah ..

kenapa kita lambat sedar eak semua ni ?

jawapannya ringkas namun penuh makna, bukankah ini dinamakan taufik wal hidayah.. ye ! saya sokong.. well, dulu aku sokmo cam kutuk'' orang pakai tudung labuh kat luar meski aku bertudung masa itu namun seperti tidak cukup syaratnya.. ustazah pernah pesan dulu masa remaja ni lah kita kena cari identiti diri yang sohih bukannya menyimpang ke sana dan sini.. orang selalu cakap taufik wal hidayah walhal dalam doa pun sering disebut.. saya ambil contoh simple pimple *err muka dh brjerawat ~ haha * baik , kawan kita ajak gi surau / mana'' majlis ilmu niat nak pergi .. itu di panggil taufik.. jika kita melangkah ke tempat yang disebut tadi itu pula dipanggil hidayah.. wallahulam.. di pendek kan ceritanya di sini.. berdoalah selalu agar mendapat kedua''nya.. sesungguhnya nak jadi orang baik memang payah sedikit berbanding menjadi orang yang nakal.. nasihat saya , perlahan'' lah melakukan perubahan namun istiqamah ( secara berterusan ) carilah kekuatan luaran seperti persekitaran atau pun sahabat yang boleh bimbing senang cite bole tarik kita kat track yang asal..


lagu yang diminati melambangkan diri seseorang itu

alaaa iqa ~ aku mmg cenggini la ! relax je lerr sape suro hang delete semua lagu yang hang minat ~ pernah baca novel by Hlovate ? chillex je kan watak muslimah-to-be dia.. sape pulok suro jadi cam katak bawah baldi ! HAHA ambik cakna la jugak lagu apa sekarang.. lagi'' yang nak jadi pendidik.. kang anak murid nyanyi , sepatah hang x tau ~ cikgu juga salah ..
jadikan semua ini secara senang,bukan membebankan diri anda..


p/s : nak cari jubah ^^ *angah belanja kan kan ?? hehe
salam (:

Aug 23, 2011

wordless

bismillah,.
assalamualaikum ^^

badd ~ ayat yang hang post kat group FB betul-betul membunuh aku . . grrr !





Don't walk behind me. . . I may not lead
Don't walk in front of me
I may not follow
Just walk beside me and be my boyfriend !! ♥ ♥ ♥ *actly,friend ^^


i need my huzaifah , my khairunnisa , my qylu, my gt_i ~ huhu :'(

p/s : cehh ni ayat kat penanda buku MpH tu kan kan ? relax sudee ~
salam (:

Aug 20, 2011

istikharah cinta

bismillah,
assalamualaikum ^^

sticker pink kat Al-quran ku belek subuh tadi . .


''dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah dia mencipta kan pasangan-pasangan untukmu dari jenis dirimu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram dengannya..'' (ar-rum:30,21)

ehemm'' ! along and kak Faha !
and maybe , angah n akak Kedah mana pon cheq x taw *rahsie la konon ~

kak Faha , xmo takot2 oke ~ kiteorang sume makan nasi , tarak makan olang punye meyh (:
semoga kebetulan itu menjadi satu ketentuan-Nya. . amin ya rabb ~





p/s : saya ? sila wave n say hi ! dekat Mr. A ^^ *xde maknanya..oke ! saya berangan je ;DD
salam (:

Aug 13, 2011

hati . .

bismillah,
assalamualaikum ^^





pintu diketuk,
hati bertanya siapa . .





p/s : ni lah jadinya kalau x cukup masa tapi nak update jugak
salam (:

Jul 30, 2011

semakin tua . . [ PART 1 ]

bismillah,.
assalamualaikum ^^
huargghhhhhh~ *menegangkan urat'' yang dah tersimpul'' kejap,.busy memanjang je iqa ni..kekadang nak pergi class pun guna kaki kuasa 1o ! superb la jalan macam tak pijak bumi je rasa orang kata kalau perempuan jalan laju'' nanti tak de orang nak~ huu ada aku kesah? janji aku sampai class before lecturer masuk :D
yeah ! berbalik kepada tajuk kita,.aku semakin tua ! syukur alhamdulillah . .




apakah ? --'

oke! aku agak teruja tahap nak makan 2 apam balik sekali gus birthday tahun ni,.sebab 1st time dapat guna free call yelaa before ni dapat free call time kat hostel..well hari yang di tunggu'' pun tiba.. *xperasan sebenarnya dah pukul 12 time tu* dok sibuk settle kan preparation nk present..
aikk?apsl sume xde ni..mne dorg pergi malam'' ni.. hah!bantai main webbie myna laa..



lalalalaa~
5 minit kemudian mereka pun pulang dengan muka yang heartless abes
tiNkTonGtInkToNg


''iqa ! ko de gaduh ngan sape'' ke?'' wani start berdrama

''hahaha ! mane de weyh~ aku kan sopan the santun one mne de gaduh ngn orang ni..''

''abes tu ?! apsl dia datang bilik aku cari ko..''

''hurmm ye la tu wani oii~tidak ku percaya..''

''pape pun better ko g jumpa dia,.Jom !! ''

alahai~macam kenal je trick ni..HAHA :D jalan'' cari pasal. .
aikkk? apsl byak baldi orang tadah air ni ? xde air ke esok~hah sudah!
disebabkan aku melantak tak engat katil,.aku loyer sesgt sbb makan nasi goreng ptg tadi..dan'' la nak muntah..dari situ laa orang yang dikatakan aku gaduh ngan dia sound aku kaw'' punya!

weyhh! ko nk muntah..muntah kat jamban la!blablabla *mencarut ape tah*

aku x lawan pon pe yang dia sound,.tiba'' ~

''HAPPY BIRTHDAY TO YOUU~~ ''

perh!ramai nye dok blakang shower ni sambil membawa peralatan nk kene an aku..berbaldi-baldi air dijirus... ok look! dorang siram pada pukul 12 stgah dengan kondisi air sejuk tahap nak rapuh ribs cage !hahaha dah macam mandi bunga,just dorg ganti kertas warna warni.. tepung xde,so dorang ganti ngan pelbagai jenis bedak..yang paling aku engat bedak Safi !
pukul 1 pagi..


zombie

pakaian zombie sedia di basuh (:


''wani !! teman aku mandi..xkan aku nak tido basah kuyup macam ni..''

''hahaha ! sian iqa~ jom3 '' *sempat ko gelak ea!

siap aktiviti menyiram,wani ajak pergi uma mynaa sebab barang aku sume kat sana..


by eddin shah (cousin aku laa )

from naqibah (:

thanks sume !


keesokkan nya,.
apsl ko dress lain macam hari ni iqa??xpelaa birthday girl la kate kan kita layan je laa hak3
lain ke? aku rase cam bese je..IT exam makmal pada hari tersebut,.sempat snap2 lepas anta pendrive. .



WEYH ! MENTORING PETANG NI !

hah?ape kejadah nye ni..slalu kan hari jumaat..ganti agak nya erm layan je laa..

apakah lagi plan yang akan dilakukan oleh budak FP May'11 ?
nanti kan part 2 :DD

p/s : lambat post sebab xde connection,selamat beribadah !
salam (:

Jul 9, 2011

you're my only one (:

bismillah,.
Assalamualaikum ^^
sempena post yang ke -50 blog nie,.aku x cite pasal aku laa~ untuk post kali ni kita belajar dari pengalaman orang nak ?HAHA x pasti aku baca cite ni kat mana,.dan cerita nya berkisah begini..
(aku pendek kan cerita)




thanks (:

pertemuan dua insan antara Zack dan Farah disebabkan adik sedara Zack sendiri,Siti . Hubungan mereka hanyalah di muka buku (facebook).Apa yang dibualkan hanyalah mengenai adik sedara Zack..pada awal perkenalan berlaku sedikit salah faham antara Farah dn Zack namun lama ke lamaan,.mereka menjadi baik,.


Pada satu hari,.Farah menjadi tertanya-tanya kenapa Zack tidak bersama pacarnya..sedangkan Zack baik orangnya,.mesti makwe dia buat hal ni kata hati Farah..

''kenapa x pena tanya orang kenapa orang clash dgn kekasih orang?''

''nak tanya,tapi..td kata x suka ingat kisah lama..''

''hahaha,.nak tahu sebabnya?''

''orang clash dengan dia sebab dia dah pergi kat kekasih dia yang sebenar..xde orang boleh lawan..dia maha berkuasa..''

''hah ? ''

''dulu kekasih dia pinjamkan kejap je kat orang,.so dia nak ambil balik laa..orang redha..''

''Innalillah . . tapikan Zack,
thanks sebabkan berjaya buat orang cemburu meski dia dah tiada..''

Farah terdiam sejenak dan cepat-cepat mengundurkan diri kerana berasa dirinya tidak layak untuk menggantikan tempat arwah,.

Al - Fatihah buat arwah,
paru-paru berair
12 march 2011

manusia tidak akan menghargai sesuatu hingga ia hilang dari mata..
sekadar berkongsi,Farah. .


p/s:cuti dah abiss~ balik weyh! waiting 26 july.HAHA
salam (:

Jul 7, 2011

mengimbau memori

bismillah,.
assalamualaikum ^^

apa boleh buat cuti dah nak abis tapi senyum je laa,.before cuti ustazah text..wahhhh rindu nya ngan warden!sebab time SPM dulu selalu lepak rumah dia..

''saya cuti mid sem seminggu,.ingatkan nak tengok adik'' kat ostel..''

''bagus la tu,.saya baru nak contact..warden yang ada skrg tgah sarat..so byk program x jalan..''

''tp ustazah,.saya baru je dalam tarbiyah ni..''

''xpe,.yang penting ada usaha..bagi semangat kat adik''.. ''

dan cerita yang d text tu,..aku sampai kan kat mama..lebar senyum mama tanpa membantah niatku untuk ke sekolah lama..meski mid term semakin hampir namun ku gagah kan jua untuk lunaskan amanah ustazah..mudah-mudahan Allah permudahkan..

menunggu Afiqah sambil makan roti dan baca Kosmo!haha perjalanan ke sekolah ku rasa cepat..sampai sahaja di gate sekolah..melebar senyuman pakcik guard yang beruniform biru lantas ku beri salam,..ada nada sayu di hujungnya ketika berbual sebentar dengan pakcik kerana dia masih beruniform sebegitu..
hati sayu melangkah tarmac sekolah..rindu baju sekolah barang kali,.haha terus melangkah ke bilik guru,.satu demi satu ku kucup tangan,.bertanya khabar semua...

awak bawak apa datang sini fatin!

bawak hati~haha

meh surat khabar tu,.nah amik pen ni!

hah? --'

tulis kat paper kosmo tu ikhlas dari fatin (:

alahai ustazah ni,.ad'' je..selesai urusan di bilik guru..kaki semakin laju melangkah
ke asrama..
purple~~

caramel yang ku buat bertuka tangan ke adik'',.tu je yang aku sempat buat..banyak berubah hostel ni..serba baru..sabo jelahh!dulu time aku kat sini xde pulok~haha
berceloteh dengan adik'',.tahukah kamu betapa aku sayang dengan kalian~*aduh ayat x bole bla..berkongsi pengalaman mana yang patot,.jangan tanya soalan luar alam sudah..



kak fatin dengan siapa sekarang??kan dah cakap!

awat??jari aku ada cincin ka?so,dengan mama ngan ayah kita la..hahaha


gt_i ! fyi~DM kita dah ada tv biskut!caya laa~dulu kita nak tgok Nur Kasih pun kene cucuk garfu kat plug tv!lawak jee tah idea sape tah..
udah lerr kome ni,.dah pukul brape ni!pergi sekolah la sayang oii~tiba'' satu pelukan erat dari si kecil *form 2 je pon..



'' kita nak jadi macam kak fatin~pakai tudung macam ni! keluar pakai stokin!kita ni kat sini je pakai macam ni,tah ikhlas ke tak.. ''

'' insyaallah,.mudah-mudahan Allah lembutkan hati awak..
dulu akak pun x pakai macam ni. .''


sahabat selamanya =)




p/s:mama dah bagi green light~hehe *xde mknenye!
salam (:

Jul 4, 2011

semalam




kini kau dan aku jauh terpisah,

entah bila dan di mana kita kan bersua,

kan kudoakan agar kau bahagia,

di samping yang Esa kau diredha selamanya



sautul sufi -semalam-


p/s: apa motif semua ni? --'
salam (:

Jun 18, 2011

menjadi lebih baik

bismillah,.
assalamualaikum ^^
haihh kalau ikutkan hati ni,.macam'' nak share tapi keje menimbun!hahaha citer yang mana sempat je la nampak nya..saban hari pengalaman bertambah di bumi kuis..

kes 1
-pasar malam pertama-

sebelum asar text Nisa ngan Afiqah untuk bersama sama ke pasar~hahaha saje nak tengok pe yang best sangat kat sane,lepas je asar dok la bertapa kat bus stop *boleh je klau nk jalan kaki lama laa jugak menanti si bas tercinta..dah la bas ni 'besaw' sampai kne berdiri!err fenomena yang aku baru sedar adalah betapa susahnya nak cari tudung yang mostly budak kuis pakai stock yang ada sah'' tudung segera..sempat jugak tanya tokeyh kedai


''kak~tudung bidang macam ni ada x?''

''hishh~xde la dik..sekarang trend yang ni..lagi pon orang dah x pakai dah tudung macam tu..''

''ooo yeke? '' --'

yeah!maknanya kan fiqah,kita ni kira limited edition la kan~1 kedai pun x jual tudung macam kita ni..well,maybe aku ngan fiqah satu skolah dulu,.paham mcm mne zaman jahiliah kita dulu..alhamdulillah skrg tgah mengumpul barang'' muslimah..permudahkan lah urusan kami Ya Allah..

kes 2

-iftar jami'ie-
tazkirah by k.ida

tersangat la segan dengan muslimin (classmate),pe yang aku perasan depa sangat rajin berpuasa..bukan aku usha dorang,.tpi terperasan time turun tangga masjid depa daftar nama untuk iftar..xpe iqa,kita buat pelan''.. 1st time kat iftar blurr sangat..xtao apa yang nak dibuat..seb bek de akak senior ni perasan kteorg freshie,dia tunjuk mana nak pergi..explain 1 dulang berapa orang..pe program sebelum iftar..thanks akak! *nampak mata tersenyum (purdah) beze sangat time bukak pose kat ostel dulu,.huu~ hah sudah!ada kurma..mcm mna ni..aku mana pandai makan..--'



penambah perisa air sirap

-azan maghrib-
aku sorang je kot yang rembat air dulu!haha pe yang touching nye fiqah ajar makan kurma :')
syukur,.saya dah pandai telan!setiap kali iftar aku bukan lagi bangsa rembat air~hee

*iqa!!assgmnt panggil~HAHA
sabo jelah,.insyaallah citer lagi..

p/s: gamba dinner fakulti makin galak di 'tag'
salam (: