May 19, 2012

semanis oreo . .

bismillah,
assalamualaikum ^^

macam mana nak start ni..banyak sangat cerita ;DD
alhamdulillah hampir seminggu cuti sem habis diguna duduk rumah, aktiviti pertama qada' tidur! yeah hahaha ni semua gara'' short sem yang agak memenatkan tapi seronok! aku sempatt~

- jadi akak fasi untuk SK Sg, Serai

- beli barang'' dapur kat tesco Nilai

- meeting dan meeting --'

- bersukan riang ria rebina




tu semua next entry oke insyaallah, entry kali ni nak habaq pasai kek oreo.. hehe cuti sem ni macam semangat tukar'' resipi dengan mynaa, salwa  sebenanya resipi die *kat internet untuk buat muffin. tapi disebabkan kemalasan untuk bergedik gedik dengan muffin so, chef iqa telah mengubah menjadi kek! bhahaha pulak dah hari ni ada tentera lebih kat rumah boleh la mintak tolong.. err macam 5 minit je semangat pastu dah lesap~ hahaha btw, thanks adik biela dan adik azzah

Resipi Kek Oreo (:



BAHAN - BAHAN

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) *
1/2 camca teh baking powder *  (*digaul rata dan ayak)
2 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUAT
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanila. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi 2 minit.
  3. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar ;DD
  4. Lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurng 40 minit.. ikut saiz tin kek jugak tebal atau nipis kek ni.. Lepas 40 minit tu test sekali sekala cucuk dengan lidi. 
  5. Lidi bersih menandakan kek dah pun masak (:




selamat mencuba !
salam (:


No comments: