May 31, 2012

Ipoh mali . .

bismillah,
assalamualaikum ^^
yeay yeay cuti sekolah ! err salah salah dorang yang cuti sekolah.. alhamdulillah masing-masing cuti serentak *susah nak dapat cuti macam ni* bermacam macam plan tempat vacation.. akhirnya Ipoh, Perak menjadi pilihan.. mungkin bersempena tahun melawat Perak.. hehe




 ayah! speed trap~ haha *xde keje ke anak anak aku ni * 

kali ni pergi bercuti pakai dua kereta, maksudnya 2 family.. satu kereta seat belakang semua budak'' kereta lagi satu jiwa remaja mama kate.. hehe

1) Lost World of Tambun





 Petting Zoo




err dok jauh ngan dia pasai takot! haha


Mendulang Timah 

dulang ni memang ada kat tepi kawasan mendulang, so kite boleh pinjam kejap (:

Fatin memang suka pakai spec macam tu ye, hahaha time kuliah pon macam tu .. sebab musabab dia senang nak pakai bukak.. nanti takdelah rambut terkeluar kat tepi.. 

Fun Fair



kat fun fair dia ada macam-macam , sampai la si Iddin ni dapat small prize patong wane biru yang dia pegang tu time main pancing itik, yang lain semua dok try kot kot boleh menang.. tapi tak menang pon.. mama adalah cheerleaders terbaik masa tu.. haha sakan mandi kat tambun tu perot masing'' dah men lagu zapin versi rap punya.. hahaha

"err adik nak minum air ape?"


"minum apa ye makcik sedap time tengah hari macam ni? saya pon xtau.. hahaha"


"adik try la minum air ni!"  *sambil menunjuk iklan air blakang dia


"air ape pulak tu cik? xpena nampak pon"


"ohh ni air Jus Cinta.. sedap!"


"hahh?? oke la saya try"



Jus Cinta <3

air dia campuran asam dengan limau kasturi, rasa dia boleh tahan la.. tapi pelik tak rasa nak bercinta pun.. hahaha nanti ajak lelaki masa hadapan minum air ni . boleh abang? hahaha


Mee  Rebus Ramli 





kedai ni antara yang Salwa dan Myna suggest suroh pegi.. so, petang tu lepas pusing Ipoh kiteorang singgah makan kat sini.. 




Mee Rebus Ramli



Nasi Ayam Ramli

oke perut pon kenyang, balik hotel merehatkan diri.. plan nak pegi Gerbang Malam tapi along pening.. grr kiteorang yang main gelongsor air kat theme park tu dia pulak yang pening.. hahaha

''bertahun dan Iddin mengidam nak makan breakfast style Ipoh ..''

''ape yang style Ipoh nye?'' along balas

taraaaaa~ ni la die! Roti Telur Ipoh Mali.. roti kat bawah tu macam dibakar sikit pastu dia letak mentega yangg telur tu telur separuh masak..  rasa dia? yummm3 bila kat kedai ni, makcik tu ada cakap selalu orang melayu suka orang Cina yang buat roti ni.. tu yang tak ramai sangat kat kedai dia.. ermm bukan kita nak carik restoran halal ke? *berfikir sejenak


ni wartawan baru TV3, hahaha saja testing kot la fatin bole jadi videographer kan

#Video 1


Ipoh Railway 

#Video 2





azzah hazirah (: *yang belakang tu dah kenapa? haha

Nasi Ganja 

apsal seram sangat nama dia? kedai makan ni pulak ayah yang suggest.. dalam kepala ni dok pike macam-macam.. die letak betul-betul ganja ke?haha taklah ganja tu diibaratkan macam sape yang makan ni sekali nak makan lagi..


Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh


ramai sangat~



Nasi Ganja Lauk Sotong + Ayam Merah

rasa dia? erm sedap sedap... paling sedap part kuah dia kot! sotong dia pon elok je masak.. atau kita tanya Iddin apa nasi ni rasa.. haha

#Video 3



Cendol Uncle Husain ( Kajang )





yang ada ice cream tu si along buncit punya! haha aku order cendol biasa je.. macam kenyang lagi makan nasi ganja tu.. hahaha kedai ni warna HIJAU mungkin diambil sempena warna cendol tu sendiri.. kat sini ada macam-macam cendol..kalau tak salah ada 18 jenis cendol.. termasuklah cendol durian -______-
dan bukan cendol je ada.. makanan lain pun ada..

btw, a big thanks to orang Perak yang membantu
--> Salwa Hasanah, Amalina Husna, Incik Tajul Arif, Khairol Izwan


p/s : saya memang suka makan taw abang lelaki masa hadapan
salam (:

May 27, 2012

baby baru . .

bismillah,
assalamualaikum ^^

hewhew~ cuti sem pun nampaknya makin hampir expired date..
alhamdulillah result pun dah keluar hari tu, congrate eddin! walau banyak dugaan yang hang dapat
tapi hang boleh buat dengan baik.. improvement yang sangat'' membanggakan..
terima kasih kepada semua yang doakan saya (:  dan dengan itu saya dapat baby baru! memang didikan ayah dan mama dari kecik kiteorang adik beradik kena buat sehabis baik exam kalau nk dapatkan sesuatu sebagai reward kepada diri barang kali..

si abang buncit pun pulang ke rumah minggu ni, cuci'' mata kejap sebelum beli.. mostly fatin ni macam tengok luaran lappy tu je~ hahaha macam warna, berat, saiz keyboard *senang cuci ke tak* , bentuk lappy err nasib ada along die tengok dalaman lappy.. hehe cam balance la kan ^^


series tak sedar along tangkap 

sementara tunggu leng chai siapkan install hape tah kat baby, pusing'' area situ.. dah waktu lunch pastinya perut dah lapar.. pusing punya pusing masuklah Sushi King ni.. sebab kalau makan berat'' sampai rumah tak makan mama masak kecik hati pulak nanti.. we love you mama (:


 bosan la jugak tunggu dalam ni. haha

sambil tunggu sushi siap, fatin ni duk ralit usha mamat depan dia buat sushi.. kejap bukak bekas ni 
kejap bukak bekas tu.. laju jugak dia buat kerja.. dan biasa kot.. 


*muka excited* taktik along nak menampakkan aku makan macam dinosour ;p



okey this is Green Tea , rasa dia boleh tahan la ( tak rasa pape pon) haha


ni sapa la pulok~ haha ni la along kita si abang buncit! ;D

sekali enam ko makan long? haha dia takde lah buncit mana.. mungkin bahagia bertunang kot.. Angah bila pulak? hehe sushi ni cepat kenyang sebab dia pulut tapi fatin makan macam tak kenyang je! haha btw, thanks along sebab teman kan sekali gus menyumbang sebahagian kos baby ni ke Tabung Dana Fatin Syafiqah hewhew apa nama baby ni ea? nanti la fikir dengan lelaki masa hadapan.. haha tah tah time tu dah tukar baby..



well, selamat cuti sekolah! kalau pergi mana mana fatin kirim keychain tau~ hehe
p/s : baby = lappy 
salam (:

May 19, 2012

semanis oreo . .

bismillah,
assalamualaikum ^^

macam mana nak start ni..banyak sangat cerita ;DD
alhamdulillah hampir seminggu cuti sem habis diguna duduk rumah, aktiviti pertama qada' tidur! yeah hahaha ni semua gara'' short sem yang agak memenatkan tapi seronok! aku sempatt~

- jadi akak fasi untuk SK Sg, Serai

- beli barang'' dapur kat tesco Nilai

- meeting dan meeting --'

- bersukan riang ria rebina




tu semua next entry oke insyaallah, entry kali ni nak habaq pasai kek oreo.. hehe cuti sem ni macam semangat tukar'' resipi dengan mynaa, salwa  sebenanya resipi die *kat internet untuk buat muffin. tapi disebabkan kemalasan untuk bergedik gedik dengan muffin so, chef iqa telah mengubah menjadi kek! bhahaha pulak dah hari ni ada tentera lebih kat rumah boleh la mintak tolong.. err macam 5 minit je semangat pastu dah lesap~ hahaha btw, thanks adik biela dan adik azzah

Resipi Kek Oreo (:



BAHAN - BAHAN

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) *
1/2 camca teh baking powder *  (*digaul rata dan ayak)
2 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUAT
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanila. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi 2 minit.
  3. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar ;DD
  4. Lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurng 40 minit.. ikut saiz tin kek jugak tebal atau nipis kek ni.. Lepas 40 minit tu test sekali sekala cucuk dengan lidi. 
  5. Lidi bersih menandakan kek dah pun masak (:




selamat mencuba !
salam (:


Apr 10, 2012

dan bila esok . .

bismillah,

hari-hari short sem ku lalui dengan tenang meskipun waktu kuliah digandakan daripada masa kuliah masa long sem..tiada lagi istilah penat yang diungkapkan, mungkin sudah terbiasa dengan waktu yang sememang nya penuh dengan kelas.. waktu terluang kami cuba beriadah semampu mungkin sebab kalau long sem masa begitu cemburu..


*****************


masa terus berlalu, berkenalan dengan rakan bilik yang baru menambah kenalan yang sedia ada.. syukur masing'' menjaga hubungan antara satu sama lain.. hampir setiap doaku titipkan agar ukhuwah kami berkekalan.. selain sebilik dengan mira (budak kelas) short sem ni sebilik dengan kakak nurse ^^
kak dijah dan kak ika..kakak nurse tadi masing'' tengah practical.. kak dijah sem 6 kak ika sem 4..


*****************

hampir sama soalan yang di ajukan kat kakak berdua tu sebaik sahaja memberi salam dan masuk ke bilik..


'' macam mana hospital hari ni? ''


jawapan yang biasa dijawab..


''best best! seronok sangat hari ni.. patient tu peramah..''

''penatlaaaa.. sampai makan pun x sempat..''


tapi jawapan yang berbeza ku terima hari ni..


''hurmm patient akak meninggal hari ni.. pukul 7.45 tadi..'' 


innalillah..

sejurus tu, semakin petah pula aku bertanya itu dan ini.. maka pahamlah pesakit tadi meninggal akibat dadah..umor dalam lingkungan 40 an.. dan famili nya tak menziarahnya.. 



****************

hari selasa 
air soya abg afro + nasi kerabu daging bakar = pasar malam

seusai solat maghrib, seperti biasa membaca ayat-ayat Al-quran.. mira pon same sementara tunggu isya' sempat jugak bertukar ayat quran yang dipilih untuk di sticker..


'' (yaitu) orang yang berinfak, baik waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnys dan memaafkan (kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan ''

Ali'Imran : 67

terima kasih sahabat.


***************

birthday kak ika.


-gambar hiasan-

 11.30 p.m


'' kak ika ! balik bilik kejap.. ade orang carik akak.. hah! cepat tau ..''  mira call


tap ! lampu semua ku padamkan..
memang x sudah menyakat birthday orang dari time sekolah lagi.. cuma bila dah masuk sini dah 'berlembut' sikit dengan mangsa'' .. semua di rai dengan sopan.. hehe




p/s : birthday mama bakal menjelma
salam (:


Mar 30, 2012

mimpi sampai bintang . .

bismillah,,
assalamualaikum ^^

lama menyepi? o yes yes ~ sibuk dengan program, kelas, exam
alhamdulillah sekarang tengah short sem.. mula'' subjek yang ditawarkan masa short sem ni 1 subjek je.. sebut je 1 subjek dalam kepala mula plan macam''  hehe lepas tu di sebabkan nak elak dari long sem kami banyak subjek.. jadi kami kene ambil subjek yang sem depan'' punya.. so,plan yang dalam kepala tadi perlu di 'delete' buat sementara waktu

teringat time tengah final exam hari tu, ape'' pon thanks kak mira! sebab teman pergi library, tlg kejut bgon pagi..buat pintu semangat yang wane wani.. cantik cantik ! oh lupa plak kak mira ni room mates sy..rasa macam kakak sendiri dah ^^

here we go! 'pintu harapan'


 opss ! tertinggal something ~ apa yang tertinggal? *yang kat tepi tu ada kapur,magnet,pemadam blackboard..






jadual exam,yang ------ maknanya dah abis exam (:


ni plak selalu kiteorang tukar ikut musim ^^ *tulisan sape la tu


disebabkan kak mira ni sem 5, subjek dia lagi sikit.. dia ada 5 paper dan saya plak ada 7 paper + 1 subjek micro project kat kampung orang asli




erm,sebut pasal kampung orang asli.. totally letih kot sebab kita bukan dok saje je kat sana.. kira macam segala perbuatan anda diperhati.. permarkahan dikira macam mana project kita berlangsung , kerjasama yang kita bagi.. yang mana malas pon kene jugak rajin.. segala periuk belanga kena cuci
seronok kan badd, dina, faezah main air kat belakang.. nanti kita main lagi ^^


 ada jugak yang time ni dorang cari calon ^^












basuh basuh (:



thanks semua!


insyaallah nanti kita update lagi
salam (: