Jun 16, 2012

biarkan kata mereka . .

bismillah,
assalamualaikum ^^

alhamdulillah seminggu sudah berkuliah.. hari pertama sudah diberi coursework.. ni maksudnya anda hendaklah belajar dengan rajin dan sangat bersungguh-sungguh..




coursework pertama
kami ditugaskan mencari sukatan pelajaran subjek hafazan, tilawah dan tajwid dan sekolah pilihan mestilah SRA ( JAIS ) .. tanpa memikir panjang sekolah pilihan adalah sekolah depan Masjid Kajang.. apa yang mengusik hati ni, terdengar bualan dua orang pelajar lelaki bersamping hijau



'' eyh! ada ustazah baru la.. ''


'' mana? mana? ''


'' adaa tadi, dia nak masuk pejabat jumpa guru besar kot! ''



selesai sahaja urusan dengan guru besar sekolah tersebut, alangkah terperanjat melihat begitu ramai pelajar di kelas berhampiran pejabat sekolah


'' hah! tulaa ustazah yang aku cakap tadi.. ustazah baru ~ ''


'' oooo~ '' rakannya yang lain menyahut


serba salah dibuatnya kami, kerana gara-gara kami mereka keluar kelas..
Ustazah? layakkah aku? bahasa Arab masih berterabur.. mengaji masih salah.. Allahurabbi




Kalau nak jadi baik, paksa diri untuk buat baik..
jangan hiraukan ejekan orang lain.. Allah dah gerakkan hati kita untuk jadi baik tu..



'' miraa esok kelas tajwid, kalau ikut cerita senior kita kena pakai tudung labuh (bulat) ''


'' oh yeke.. okelah esok kita pakai tudung labuh''



ye, memang di kuis biahnya ( persekitarannya) biah solehah.. alhamdulillah rata-rata muslimat memakai menutup aurat.. tudung yang kami selalu pakai tudung bidang, kalau pergi camp atau aktiviti sukan kami lebih selesa memakai tudung sarung.. sebab lebih senang.. takkan kat hutan nak cucuk plug iron kan? bagi kami ianya masih menutup aurat.. tidak jarang dan melepasi syarat..

keesokkannya,


'' jom siap mira~ ''


'' awalnya hari ni kan pakai tudung labuh.. kejap je siap ''

aah kan, baru perasan kalau tudung bidang kena pin sana dan sini.. berjalan ke kuliah beriring dengan mira.. rasa tenang Allah je tau.. sempat berceloteh hasrat nak istiqamah pakai tudung begini sebab sedih bila check tudung ada berapa helai je tudung labuh.. mungkin kena banyakkan warna, baru semangat! hehe

sesampai je kat kelas semua memandang dengan pandangan yang bermakna..
senyuman mereka lebar
Allah.. kuatkan hati kami ya Allah..





memang suka mengambil tempat dihadapan kuliah lebih focus rasanya.. sementara tunggu pensyarah. toleh kanan dan kiri baru perasan satu baris memakai tudung labuh.. syukur.. sempat meminta sahabat yang kerap memakai tudung labuh mendoakan kami istiqamah begini..
banyak ayat-ayat dorongan yang mereka beri, syukur mempunyai sahabat yang mengingatkan kita tentang Islam.. syukran Hanisah, Putri dan Wanie :')




tak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat..
tak kisah pon kita kaum hawa ni nak pakai tudung apa sekali pun, sebab memang fitrah perempuan ingin dirinya kelihatan cantik.. namun berhati-hatilah dengan fesyen tudung sekarang agar kita tak lari dari syariat Islam.. sering kita di ingatkan, jangan yang memakai tudung labuh hanya berkawan dengan mereka yang bertudung labuh sahaja.. habis? siapa yang nak lindung dan kawan dengan mereka yang hanya bertudung biasa.. kitakan bersaudara (:



semoga keterpaksaan dalam membuat kebaikan menjadi satu kerelaan dan keikhlasan yang begitu tinggi nilainya pada Allah

p/s : mira baru text nak beli kain tudung warna apa.. Angah hazwan,boleh mintak claim tak? hehe
salam (:

No comments: