Jun 7, 2012

hantaran istimewa . .

bismillah,
assalamualaikum ^^





'' Pak Ngah dengar Fatin nak bertunang..''


'' Hah? mana ada lah Pak Ngah.. kita mana ada 'orang' lagi..''


'' Eyh bukan kamu ke? ''


" Err~ bukan.. tu Angah kot ''


wanita yang menawarkan diri sebagai isteri kepada lelaki yang baik bukan satu kecacatan, sebaliknya tanda tinggi hasratnya kepada kebaikan..



'' Iqa, makin manis muka hang sejak bertunang ni.. aku tengok gamba kat blog hang! ''


'' Aminnn.. tapi sejak bila pulak aku bertunang ni? ada'' je la kamu ni haha ''


kenapa dengan semua orang ni?
jangan pelik pula dengan panggilan nama yang berbeza.. Fatin biasa dipanggil oleh keluarga.. Iqa pula digunakan semenjak masuk kuis..



sementara tunggu isya' di masjid, Zun menyuarakan pendapatnya semasa sedang saya membelek Al-Quran


'' Kalau aku jadi lelaki masa hadapan kau, aku nak hantaran Al - Quran pink kau ni..''


'' Allahurabbi aku sayang sangat-sangat Al - Quran ni Zun.. ni Angah aku bagi.. kalau aku pergi mana-mana pun aku bawak ni.. nilah harta yang paling aku sayang'' nada berat hati




berat hatikah aku? *istighfar panjang




hatiku <3


semasa Usrah kami ada bertadarus sebentar..ada di kalangan rakan kuliah bertanya, apa yang ditanda di Al-Quran itu.. ada sticker warna warni.. ada yang sampai meminjam buah hati saya ni.. bagi Fatin ilmu yang baik harus dikongsi bukan? buat lah secara perlahan.. misalnya kita baca 2 helai sehari.. selepas habis sahaja membaca.. ambil masa sedikit untuk membaca tafsirnya.. dalami maksud ayat tersebut.. 




adakah warna-warna ini memberi sesuatu makna yang tertentu? jawapannya adalah ya!
dalam memilih sticker, Fatin memilih warna


  • Pink - ayat mengenai Cinta
  • Biru - ayat yang biasa kita baca seperti doa
  • Oren - ayat menunjuk larangan Allah
  • Hijau - ayat yang menenangkan
  • Kuning - ayat berupa peringatan 
mungkin kurang jelas maksud sticker yang saya maksudkan, kerana ini hanya untuk panduan diri saya.. mungkin saya boleh memberi contoh-contoh ayat yang disticker mengikut warna tadi


Sticker warna Pink

1) Surah Ar-Rum: ayat 21


وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)


2) Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49


وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (٤٩)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." (49)






Sticker warna Biru 

1)  Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan



Sticker warna Oren 

1) Surah Al-An'aam ayat 116

               وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ﴿١١٦


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. "

Sticker warna Hijau
1) Surah Yusuf ayat 87

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّـهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ ﴿٨٧

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".





Sticker warna Kuning 


1) Surah Hud ayat 23


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوا إِلَىٰ رَبِّهِمْ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٣


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.




kalau ini hantaran yang awak mahu, insyaallah saya relakan.. namun berikan saya peluang menambah sticker-sticker ini agar saya lebih dekat dengan ayat Al-Quran.. waallahu'alam

p/s : taaruf bersama sem I sangat menyeronokkan!
salam (:

3 comments:

Amira Sakinah Sulaiman said...

wow! :D *terpegun*

Amira Sakinah Sulaiman said...

wow! :D *terpegun*

fatin syafiqah said...

hai mira (:
rindu kat awk, hehe thanks (: