Nov 20, 2012

kerana amanah . .



bismillah
assalamualaikum


'' In Shaa Allah jumpa masa taaruf esok ye ^^ ''



oh cuti dah nak habis ye..

baju kurung persatuan

..

..

..

tudung labuh yang makcik Azah buat

..

..

..

name tag fakulti

..

..

..

blazer

..

..

..



soft skills itu tiada dalam silibus, kita yang perlu mencari dan belajar dari setiap kesilapan..
tahniah dan takziah, itulah antara ucapan yang diterima pada awalnya


'' Memang anda semua ni tidak diberi gaji untuk semua kerja ni.. malah topup pun guna duit sendiri..
namun percayalah dengan balasan yang baik daripada Allah.. Amanah itu perlu di jaga ''



bila sampai kerja gila datang
mula lah buat eksperimen tanpa di rancang

nak uji tahap maksimum ketahanan badan
dan ketebalan dinding perut



ni melampau ~ haha



dari pagi hingga petang sibuk terkejar kuliah
lepas maghrib bersiap untuk meeting


tanpa makan.


masa mesti dijaga dengan baik
pernah saya terlambat ke perhimpunan Pendidikan


habis di tegur.


bagaimana orang nak ikut
sedangkan anda sendiri lambat ke program


asif.



mulai itu saya benar-benar mahu berubah
saya mula belajar senyum dengan semua akhawat walaupun kita berbeza fakulti
tidak mahu di gelar sombong, malah dari senyuman itu akan mengeratkan hubungan

saya belajar hormat dengan orang sekeliling saya
cakna dengan persekitaran dan masalah mereka


menangis kerana keletihan?

bohong kalau saya kata tidak pernah
kita sedaya upaya berusaha mantapkan program
bersengkang mata menguruskan macam-macam



kalau budak ni nangis pon comel , kalau aku? 


namun, ada segelintir yang tidak ambil peduli usaha kita.
mungkin anda tidak pernah meletakkan diri anda di tempat kami





jawatan yang di sandang bukanlah sekadar
memakai blazer pada setiap program mahupun Perhimpunan Pendidikan

bukan juga sekadar memegang file jawatan masing-masing
bukan juga sekadar gambar di dalam carta organisasi

namun ia adalah Amanah (:
jadi, kami perlukan sokongan anda, anda dan anda!

wallahu'alam

yang malas malas nak balik tu! yok balik ~
p/s : dek kerana takde stock butter jadi no red velvet cake wahai permapen ;DD
salam

2 comments:

ummu mujahid said...

kak abil pernah rasa benda yang samaaaa! masa jdi s/u exco akademik dulu,meeting dia pehhh tapi itu yang akan dirindui bila habis study,be strong ika! bila program kita berjaya,cuma ALLAH je yg tau kan perasaannya :)balance kan class,meeting,and assignment insya-ALLAH semua smooth je nanti :D

Anonymous said...

congratulation. Ujian itu adalah satu nikmat dan nikmat juga adalah satu ujian. be carefull.