Nov 2, 2012

saya dah, anda bila ?





bismillah,

Assalammualaikum ^^
masuk dua minggu cuti sem, kejap je rasa






'' ma~ bila nak amik injection? akak nak masuk 20 dah.  ''

'' nanti mama call. ''

setelah di hubungi tempat tersebut, saya dijadualkan untuk di - inject hari Jumaat
bagi yang sekampung dengan saya anda boleh pergi ke Klinik Nur Sejahtera di Jalan Reko betul'' berhadapan dengan Petronas. bagi yang tak sekampung, anda boleh survey di tempat lain

Jumaatnya .

* main aci redah je, ada ke term Jumaat-nya?

kami di sambut dengan senyuman dengan ikhlas, macam tengah berkempen pula nurse di sini.
setelah beberapa soalan di ajukan, saya di minta melengkapkan borang tersebut.





dalam borang ni ada tiga helai, isi lah dengan comel. sebab apa comel?
sebab kat klinik ni banyak warna PINK! owh suka suka ;DD

tak percaya?

ok, lepas anda isi borang tadi. anda akan di beri kad.
kad ni untuk simpan dalam frame mungkin. hehe takdelah kad appointment sebenarnya.
sebab kita kena lengkapkan 3 dos





see! pink~ sampai kain alas meja diorang pon pink.

sebelum di - inject,
sempat berborak dengan nurse yang ada. terlebih ramah nampaknya ^^

tak tanya nama die pon, tapi die bahasakan saya Fatin. nama nurse tu pulak Boo, tau pun sebab kita tengok name tag dia.

sepanjang berbual dengan dia, ada nada kesal di hujungnya


'' Kalau I bagi you risalah ini, you boleh kasi you punya member tak? ''


'' oh sure ~ * InsyaAllah ''


'' Pasal apa haa, rekod budak Melayu dalam ini buku banyak sikit. 
kalau you tak percaya I kasi tunjuk. ''


-- Buku Rekod HPV --

Melayu = 23 Orang
Cina = 230 Orang
India = 8 Orang 


di manakah anda gadis melayu? 
ni risalah diorang, dan sekali lagi warna Pink (:








 Lazimnya orang akan bertanya, 


1. Siapakah yang layak menerima Vaksinasi HPV melalui Program Pemvaksinan HPV ini?

Jawapan:
Bagi tahun 2012, mereka yang layak menerima Vaksinasi HPV adalah wanita yang lahir
pada tahun 1993, warganegara Malaysia serta tidak hamil.

2. Sekiranya  seorang  wanita itu layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini,
berapakah jumlah suntikan yang akan diterima?

Jawapan:
Suntikan vaksin HPV adalah sebanyak tiga(3) kali untuk setiap individu.

Jadual Vaksinasi HPV adalah seperti berikut:
Dos Pertama 0 bulan (hari vaksinasi pertama diberikan)

Dos Kedua 1 bulan selepas dos pertama

Dos Ketiga 6 bulan selepas dos pertama

untuk soalan yang bertubi-tubi, anda boleh klik dan layari laman LPPKN








وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها
Maksudnya:Dan seandainya kamu menghitung ni’mat Allah,nescaya kamu tidak berupaya menghitungnya.(Surah Ibrahim ayat 34)
Antara ni’mat itu ialah ni’mat kesihatan yang hanya dihargai oleh orang yang sakit sebagaimana kata pujangga Arab:
الصحة تاج علي رؤوس الاصحاء لا يعرفها الا المرضي
Mafhumnya:Kesehatan adalah mahkota bagi orang-orang yang sehat,hanya diketahui oleh orang-orang yang sakit.




semoga semua dalam kesihatan yang terbaik
wallahu'alam (:

p/s : demam juga di buatnya dek HPV ni. hehe

5 comments:

waniysanib.. said...

kirenye aq xleh r nie???

fatin syafiqah said...

cuba contact klinik tu, aku lpe nak tye tadi..

Anonymous said...

kne bayar x???

fatin syafiqah said...

xpyah, just sit and smiles (:

pelangianganku said...

Aww, ateyn. asal mbe ak cakap bnde neyy cm ta elok ar. dorg kte yg kte neyy cm nak test vaksin neyy elok ke tak. so mmg ramai arr mbe" ak ta amek bnde neyy.