Mar 29, 2011

cara Allah kabulkan doa :')

bismillah. .
assalammualaikum ^^

tipu la kalau kata x bosan duduk kat umah ni,.rutin yang dilakukan hampir sama setiap hari,.untuk mengelakkan dari tidur balik selepas subuh lepas hantar adik sekolah agama jenguk beblog orang2 hahaha :D memang xde keje,.benar kata seorang sahabat 'ketenangan itu mesti dicari bukan dinanti' ya!dan sesungguhnya ketenangan itu datangnya hanya daripada Allah (: ok berbalik cerita tadi saya singgah 1 blog ni,.Dr.wani (sah'' kawan angah!hehe) membaca blognya menyedarkan saya tentang sesuatu yang mungkin dah terlupa
yakni,cara'' Allah kabulkan doa hamba'' Nya

1)Dikabulkan secara langsung:Allah kabulkan terus ap yang kamu mohon
*contohnye apabila kamu memohon untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat kamu cintai maka Allah terus mengakabulkan hajat kamu tersebut d
an kamu dapat berkahwin dengan dia. Adakah itu bermakna ALLAH telah mengkabulkan doamu?
2)Dikabulkan secara tersembunyi:
Allah kabulkan doamu dengan mengalihkan azab besar yang AKAN menimpamu kelak*contohnye apabila kamu berdoa mohon keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang kamu hadapi, kamu x dapat keputusan cemerlang tersebut, tapi sebenarnye tanpa kamu sedar ALLAH telah pun mengalihkan satu bala bencana besar yang akan menimpamu seperti kemalangan jalanraya. Allah mengalihkan bencana besar ini berkat kegigihan mu berdoa terhadapnye.Apakah itu bermakna Allah tidak mengkabulkan doamu?
3)Dikabulkan dengan di simpan sebagai amal soleh:kamu sentiasa berdoa siang dan malam menitiskan air mata memohon pertolongan daripada ALLAH, tapi apa yang kamu doakan itu kamu tidak pernah dapat. Sebaliknye Allah telah mengumpul pahala amalan doamu itu di luh mahfuz dan mungkin dengan pahala ini ia akan menjadi penyebab kamu masuk ke syurga
*contohnye apabila kamu berdoa, kamu tidak pernah dapat ap yang kamu pohonkan itu, tapi ketahuilah sebenarnye Allah sedang mengumpul pahala kegigihan kamu berdoa di luh mahfuz... bayangkan sekiranye kamu tidak putus2 berdoa walupun kamu x pernah dapat apa yang kamu pohonkan, tiba2 dengan pahala amalan kamu itu bisa melayakkan kamu untuk masuk ke syurga
.

orang yang meminta-minta kepada Allah tidak akan menyesal



salam (:
p/s: saya sedang improve bahasa blog saya akibat beberapa kali di tegor
oleh si abang (M Hazu) ;p