Apr 4, 2011

main masak-masak

bismillah. .
assalammualaikum ^^
syukur masih dipanjangkan umur,.baru je selesai masak sup ayam untuk si adik!haha gembira katanya dapat tolong bagi baja kat pokok depan rumah dan siram bunga yang ayah baru beli!yeah~sejak dok uma menternak lemak aku mula suka tanam bunga,si ayah pun semangat tu yang tambah bunga kat rumah. .along balik minggu ni,tu yang busy x sempat nak update blog,disebabkan along jaranggg balik rumah,nk kasi special skit aku buatkan caramel walaupun kepala aku sakit~ dah lerr dia post kat fb dia mcm diabuat,.hah!pastu ade org mintak resipi!padan muke~ hahaha :D
okee post kali ni,aku bagi resipi!hee~


rajinnyee abg nie!*buekk

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

sebelum dikukus
selepas dikukus

tips kali ni : telur mestilah disimpan ke dlm peti sejuk sebelum digunakan supaya ia senang naik,
kemudian semasa myediakan gula caramel,berhati'' semasa mnmbah air,sebab nnti dia meletup


ouh selamat mencuba!
salam (:

2 comments:

Laskar Cinta said...

wah..glamor aku :P

fatin syafiqah said...

hahaha :D lupe nak post link blog along,so x bpe femes la!hee~